Mengesan akannya
Mencuba sekian lama
Tanpa izin Nya
Tiadalah dapat berlaku ia
Mengesan akannya
Pelbagai langkah diolah
Bagai murid sekolah
Yang baru mahu melangkah
Mengesan akannya
Untuk jadi jambatan ilmu
Rangkaian bicara tanpa suara
Tiada bunyi hanya untaian bahasa
Yang hakikatnya hanya warna-warna tinta
Mengesan akannya
Atas ketetapan Nya berlaku jua
Jejak yang hilang kini nyata
Ditempa agar tidak lupa
Tiada Daya Upaya Melainkan Dengan Kuasa Nya jua