Wednesday, 5 June 2013


 “And you? When will you begin that long journey into yourself?” ~Rumi~

Mana Jalanku

Aku mundar mandir mencari-cari ia
Mereka juga dalam keadaan serupa
Ada terpandu, ada teraba-raba
Tetap mencari walau acapkali khilaf menyapa
Tapi ku lihat tetap ada titik yang sama

Aku mundar mandir mencari-cari
Benarkah ini yang ku jumpai
Atau adakah yang mahu ku lupai
Terkesima diri dalam sebuah pencarian
Dalam meladeni proses sebuah perjalanan

Jalan-jalan yang pernah ku telusuri
Setiap jalan ada kesan pada lubuk sanubari
Sama atau bezakah kesan itu pada mereka
Yang ku lihat bermusafir di jalan yang sama
Berbeza tapi sama, Tampak sama tapi berbeza

Zahirnya jalan yang sama
Bathin pula mungkin terpecah umpama pelangi
Mewarna diri dengan cara tersendiri
Yang terzahir pun masih aku tak mengerti
Apatah lagi yang terhijab nan masih tersembunyi

Tanpa paksa masih lagi aku mencari
Sebuah jalan yang amat aku dambakan
Namun aku masih tidak pasti akan cirinya
Yang aku pasti adalah rujukkannya
Dua yang utama, kekal adaNya

Melangkah dalam sebuah perjalanan
Simpang-simpang menggamit di hujung
Debaran meningkat di hati
Ke kanan.. ke kiri , terus atau ku undur lagi
Namun Ku lihat mereka terus berjalan tanpa henti

Ada waktu naluriku disentap cerca
Ada waktu hatiku diulit bahagia
Dalam melalui sebuah perjalanan
Aku belajar redha dan pasrah
Kerana ini sudah ditentukanNya

Belajar redha mengembara di setiap jalan
Mudah diungkap..mudahkah diperbuat?
Jalan yang ku lihat mereka lalui dengan mudah
Mengapa giliran ku terasa seperti ada berbuat salah
Tiap kali ragu menyapa, akan ku berhenti seketika
Meminta padaNya agar ditunjukkan
Jalan yang akan membawaku ke jalan Nya

No comments:

Post a Comment