Sunday, 30 September 2012

Diri, Tersendiri, Menyendiri

Diri..
Zahirnya tampak sendiri..
Hakikatnya pelbagai komposisi..
Diri berusaha untuk mengerti..
Hakikat kejadian diri..

Tadbir diri..
Mengenal Aqal, Nafsu dan Qalbi
Mentadbir Hati..
Berpandukan wahyu Ilahi Rabbi
Dalam usaha memerah tenaga mencanai acuan kehidupan
Usaha tadbir diri kesasar dek lemah iman
Jalan-jalan berliku tidak pernah aman
Onak duri menghambat..melambat..
Sedayanya dilawan empunya kudrat

Pilihan datang dalam usaha tadbiran
Mana satu? tiga? semua?
Pilih..memilih..dipilih..
Kebarangkalian yang datang
Umpama lowongan peluang..
Satu persatu menyapa diri
Pilihan atas tangan sendiri
Sebab-akibat terlebih dahulu dijejaki..

Diri..terkadang sukar dimengerti
Muhasabah, Koreksi..Introspeksi
Diri sendiri..menyendiri
Asing..terasing..Mengasing..
Silih berganti kecewa dan Bahagia..
Ahh..hidup bukan monochrome saja..

Ilmu dicari..Ilmuan didekati
Menambah baik diri
Usaha istiqamah jangan sampai punah
Moga ada teman di sisi
Dalam hidup..
Menempoh..bertempoh..singkat
Bisakah rapi berikat
Dengan simpulan Pemberi Rahmat

HITAM PUTIH Kehidupan


Orang tua selalu berpesan
ikut rasa jadi binasa
ikut hati membawa mati
hati oh hati..
kaulah lubuk segala rasa insani
tanpamu, tidak lengkap diri

hitam dan putih
dua perkara, tampak berbeza
dicampur keduanya, wujud " grey area"
hitam, putih dan kelabu
di sisi seni asal warnanya satu

monochrome hanya dua penghujung
antaranya itu satu continuum
Warna-warna siap tersusun
diri sendiri mengambil peluang
harapnya berlandaskan wahyu membuat pilihan

usah gentar..
hadapi..jalanilah kehidupan dengan tekad
kerana kita sentiasa diberi rahmat
yang tidak terhitung
tapi kita lupa menghitung
akhirnya membuatkan kita tergantung

Usah rebah..
cabaran hidup tiada bernoktah
itu sebahagian janji Allah
diuji hidup mengasah tabah
Teruskan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

Long Journey Driving - Aplikasi Sabar



Bertolak daripada rumah jam 12.30 tengahari, tiba di destinasi jam 3.30 petang.
Sepanjang perjalanan di rahmati dengan hujan lebat dan diselangi sedikit mentari.
Semasa perjalanan pergi, tersua beberapa kemalangan..
Antara kereta Honda dan Myvi..masing-masing disebelah kiri jalan..
Juga bersua dengan sekumpulan pemandu motosikal..yang mencilok..
Membahayakan... Sabar..Sabar..Sabar... inilah aplikasi sabar..
Mulut berkata "Sabar" memang mudah...
Jadi..diri usahakan ketara sedar..agar sabar bukan saja di mulut..
Atau di hujung jari..di taip-taip untuk yang lain mengerti..
Ketara sedar diri, agar sabar boleh di aplikasi..
Nak marah..nak pandu laju..rasa tercabar tu...terburu nafsu..
Jom perangi nafsu....biarpun tak mudah..
Minta Allah mudahkan..

Memandu jauh memang meletihkan..
Sempat juga selepas Solat Qasar, menambah energi
Dalam surau..tatkala hujan lebat..guruh bedentum..
Alhamdulillah..Dengan Izin Nya..
Usaha merawat diri sendiri..tambah baik diri sendiri..
Ada yang bertanya " apa perubahan kamu dengan ilmu ni?"
Maaf ya..ianya Sdn Bhd.kerana manusia berbeza-beza..
Jawapan diberi pasti takkan sama dengan apa yang dirasai..
dan yang menanya mungkin tak fahami...

Memandu jauh memang meletihkan..
Tapi Alhamdulillah.emak di sebelah meneman..
Sampai tertidur entah berapa siri tidur..  :)
Sambil memandu..lihat kelakuan manusia..
Pengguna jalan raya...
dan vendalisme... Oh!!! Menyakitkan mata!
Jika tak bersetuju..usahlah diconteng papan tanda..
Usahlah di cat tiang dan jalan raya dengan kata-kata..
Mungkinkah aku juga begitu?
Na'uzubillahi min dzalik..
Moga dapat dihindari segala yang negatif..

Memandu jauh memang meletihkan..
Syukur pada Allah..
Kami semua selamat sampai..Alhamdulillah..


Biarpun tiba di rumah jam 6 petang..
Hati lega...
Badan keletihan..perlukan senaman pernafasan.
Usaha memprogram dengan Izin Nya
Memudahkan urusan...
Semuanya atas rahmat Nya jua..

tanpa RAHMAT-NYA...Siapalah kita..


Saturday, 29 September 2012

Belajar Itu Tiada Noktahnya

Belajar itu tiada noktahnya
Sejak ruh diciptakan ia bermula
Mengaku yang Esa
Alam Rahim dicipta
Jasad dibina mengikut kehendakNYA

Lahir kedunia
Alam sunyi dipecah tangis
Nama pencipta disebut kanan dan kiri
Mengingatkan kembali akuan pertama kali
Membesar dalam lingkungan kasih
Semua memandang terlukis senyuman
Subhanallah.. Subhanallah..
Tak kira bangsa, warna dan agama
Si kecil yang tiada dosa dan noda
Corakkan warna berbeza mengikut citarasa ibu bapa

Belajar dan terus belajar
Tiada sempadan waktu, usia dan bangsa
Peluang terbuka kepada semua
Asal ada kemahuan
Berdoalah agar dilorongkan kemudahan
Usah gentar dengan cabaran
Setiap ujian ada hikmah kematangan

Belajar dan terus belajar
Tiada henti biarpun tak sampai PhD
Biarpun dimata masyarakat hanya di peringkat ABC
Asal saja mahu..carilah guru
Tuntutlah ilmu..tanya pada yang tahu

Ahhh...semangat belajar..
Membara seperti api..atau sesejuk salji
Itulah hakikat perjuangan dalam diri
Teruskan berjuang
Bangkit lagi bila disapa kecundang
Kerana belajar itu tiada noktahnya
Mati menjemput, baru tahu hasilnya..

p/s: Luahan hati sebab tak reti IT..
      hehehe... tapi akan ku pelajari
      Insya Allah...