Saturday, 29 September 2012

Belajar Itu Tiada Noktahnya

Belajar itu tiada noktahnya
Sejak ruh diciptakan ia bermula
Mengaku yang Esa
Alam Rahim dicipta
Jasad dibina mengikut kehendakNYA

Lahir kedunia
Alam sunyi dipecah tangis
Nama pencipta disebut kanan dan kiri
Mengingatkan kembali akuan pertama kali
Membesar dalam lingkungan kasih
Semua memandang terlukis senyuman
Subhanallah.. Subhanallah..
Tak kira bangsa, warna dan agama
Si kecil yang tiada dosa dan noda
Corakkan warna berbeza mengikut citarasa ibu bapa

Belajar dan terus belajar
Tiada sempadan waktu, usia dan bangsa
Peluang terbuka kepada semua
Asal ada kemahuan
Berdoalah agar dilorongkan kemudahan
Usah gentar dengan cabaran
Setiap ujian ada hikmah kematangan

Belajar dan terus belajar
Tiada henti biarpun tak sampai PhD
Biarpun dimata masyarakat hanya di peringkat ABC
Asal saja mahu..carilah guru
Tuntutlah ilmu..tanya pada yang tahu

Ahhh...semangat belajar..
Membara seperti api..atau sesejuk salji
Itulah hakikat perjuangan dalam diri
Teruskan berjuang
Bangkit lagi bila disapa kecundang
Kerana belajar itu tiada noktahnya
Mati menjemput, baru tahu hasilnya..

p/s: Luahan hati sebab tak reti IT..
      hehehe... tapi akan ku pelajari
      Insya Allah...



No comments:

Post a Comment