Sunday, 30 September 2012

HITAM PUTIH Kehidupan


Orang tua selalu berpesan
ikut rasa jadi binasa
ikut hati membawa mati
hati oh hati..
kaulah lubuk segala rasa insani
tanpamu, tidak lengkap diri

hitam dan putih
dua perkara, tampak berbeza
dicampur keduanya, wujud " grey area"
hitam, putih dan kelabu
di sisi seni asal warnanya satu

monochrome hanya dua penghujung
antaranya itu satu continuum
Warna-warna siap tersusun
diri sendiri mengambil peluang
harapnya berlandaskan wahyu membuat pilihan

usah gentar..
hadapi..jalanilah kehidupan dengan tekad
kerana kita sentiasa diberi rahmat
yang tidak terhitung
tapi kita lupa menghitung
akhirnya membuatkan kita tergantung

Usah rebah..
cabaran hidup tiada bernoktah
itu sebahagian janji Allah
diuji hidup mengasah tabah
Teruskan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

No comments:

Post a Comment