LAWAN DERITA ITU
Denai berliku memenat kaki melangkah
Pendakian diteruskan..menaik..menurun..
Lumpur semalam masih berbekas
Kelabu dan hitam..
Tubuh berpasir..
Wajah berdebu..
Lusuh..
Kau rasa langkahmu berat
Arus deras menongkah langkah
Percikan airnya dingin mencengkam ke tulang hitam
Hingga mata mu kabur
Melebur rasa tabah yang bersisa
Meluntur benih semangat yang dulu kersani nan waja
Lawan deritamu..
Semalam itu telah berlalu
Sebahagian darimu yang telah dicatat penaNya
Usah diratap tangis hingga ke semasa
Simpan sahaja silammu
Tuju apa tersedia di depanmu
Biar sedetik pun tidak kau tahu
Pandanglah kehadapan..
Kau bisa memilih dan menggenggam
Perangi deritamu...
Bangkitlah!
Hilangkan lumpur hitam di celah jemari mu
Kibaskan debu ditubuhmu
Tekup wajahmu seketika
Dalam pada nafas paling dalam dihela
Sirnakan lusuh hatimu
Kerana seputarmu ramai menghulur kasih
Ayuh!
Berontaklah dengan kuat pada rasa tidak berdayamu
Perangi terus pada apa yang menghambat jiwa nurani mu
Patahkan ranting-ranting yang menyulitkan perjalanan
Bajak tanah-tanah gersang..sirami..basahi..
Moga subur ia..
Teruskan jentera itu..
Perangi deritamu..
Jemputlah bahagiamu..
Dalam derita ada terselit bahagia
Sirnakan derita..suluhlah bahagia

Agar matamu hanya memandang bahagia
Dan derita menjadi fana...binasa..
Sesungguhnya Dia Maha Lembut terhadap hambaNya
Sesungguhnya Dia Maha Lembut terhadap hambaNya

No comments:
Post a Comment