Saturday, 6 July 2013

SAFAR HATI





Jasad masih di sini
Meronta ingin kelana pergi
Jasmani memburu ruhani
Telusuri cabang-cabang jalan
Hanya mampu bidik dari kejauhan

Terasa jauh
Sedang sememangNya dekat
Terasa gelap
Sedang sememangNya terang
Semakin lama jahil membukit
Ada rasa sakit nan menghimpit

Safar hati..
Beginikah rasanya
Sukma diri cuba bertafakur
Ada laku munafik dan jujur
Berbaur walau tidak bercampur
Sunyi di dalam ramai
Kadang terikut pula taufan dunia
Melayan isi dalaman
Memerhati dan introspeksi 
Mahu seperti angin kencang
Tapi laku seperti siput jalanan

Tertinta atas lembaran Agung
Akan kembara ini..
Tajam menikam sindiran
Dibelakang cerca umpatan
Ditertawa.. diperkecil 
Kering... Dingin..
Kurasa kerdil.. Terperosok..
Rangkak tetap diteruskan
Mengengsot..tidak mengapa..
Bukan nilai..
Bukan tinggi rendah duduk diri
Juga bukan laba kesenangan
Hanya..
Dia yang mengerti hati ini

Kembara ini telah dicatat Pena
Yakin Dia kuasa atas segala
KehendakNya KetentuanNya
Yakin tiada yang sia-sia

Mahu mencari pasak
Mahu ia mengakar subur
Menjanjang...mengikut rukun
Tepis bolak balik hati 
Kembara ini tetap berlangsung
Nyata atau rasa
Nyata dengan rasa
Nyata beserta rasa
Suci dicari yang utama 
EsaNya..Tauhid akanNya
Sampai waktu yang ditetapkanNya 
Faham itu..amal itu.. jazam itu..
Akan tiba dengan rahmatNya jua

Aduhai hamba..
Teruskan kembara ini
Kembara yang berdalil
Kembara yang terpandu
KepadaNya hamparan Qalbu

Berselang seli tamu dalam kembara
Bertukar ceritera kembara diri
Sulaman kata hikmah
Mencuci luka duka semalam
Semata atas Qudrah dan IradahNya


Kala ini..
Safar ini..Safar Hati..
Jasad ini akan pergi jua
Berkelana..kembara...
Mahu..menuju Ilahi




1 comment: